HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Betul ke boleh buat duit dengan blog?

Betul ke boleh buat duit dengan blog?

Bagi sesetengah orang, blogging adalah hobi, tempat dimana mereka berkongsi apa yang mereka mahu. Dan bagi sesetengah orang, blogging adalah menjadi sumber pendapatan bagi mereka, samada pendapatan tetap atau sampingan. Malah ada yang menjadikan blogging sebagai hobi mereka dan pada masa yang sama menjana pendapatan daripadanya. Dan antara soalan yang tidak dapat dielakkan apabila mengaitkan dengan blogging ialah, "betul ke boleh buat duit dari blog.?".

Betul ke boleh buat duit dengan blog
Untuk entri kali ini, saya tidak akan huraikan secara meluas setiap satu persatu. Akan datang saya akan perincikan satu persatu bagaimana boleh buat duit dari blog dan apa yang patut diketahui.

Menjawab kepada persoalan ini ialah dengan jawapan yang bersyarat, iaitu..


YA. memang boleh buat duit dari blog..
Tetapi, ada beberapa faktor berikut yang perlu diambil perhatian.


1. Blog
► Ini merupakan perkara yang paling penting. Blog anda. Kerana inilah sumber kepada semua selepas ini samada pelawat, pendapatan,ranking, populariti dan pelbagai lagi.
► Blog merangkumi hampir kesemua yang dipaparkan, samada entri, template, bagaimana berinteraksi, widget, jenis entry,
► Blog adalah penting untuk menarik perhatian bukan hanya manusia yang membaca, tetapi juga untuk menarik minat syarikat pencarian gergasi iaitu Google.

2. Jenis pendapatan
► Terdapat beberapa jenis pendapatan yang boleh dijana dari blog. Yang mana kesemuanya adalah berasaskan duit/ atau sesuatu yang senilai dengannya.
► Antara jenis pendapatan utama dari blogging ialah pendapatan dari syarikat pengiklan, advertorial (seperti review sesuatu produk), affiliate, menawarkan servis dan sebagainya.
► Menjana pendapatan dari syarikat pengiklana adalah paling mudah jika teknik yang digunakan adalah betul. Ini saya akan perincikan di entri yang selainnya

3. Pemilihan syarikat pengiklanan
► Pemilihan syarikat pengiklanan adalah penting untuk menentukan berapakah kadar yang diperolehi. Setiap syarikat pengiklanan memberikan kadar yang berbeza dengan kaedah yang berbeza.
► Antara yang terkenal ialah 
Google Adsense,Nuffnang, Innity.
► Setiap kepelbagaian syarikat pengiklanan ini juga akan diperincikan dalam entri yang lain ye.:)

4. Tips dan Trik
► Semestinya untuk menjadikan blog anda boleh menjana pendapatan, bukanlah hanya setakat setup blog dan duit masuk.
► Tips adalah penting kerana kebiasaanya ianya tidak menyalahi mana-mana peraturan, tetapi ia adalah berdasarkan kepada bagaimana untuk memaksimumkan apa yang anda mahu.
► Contoh tips menjana pendapatan maksimum, tips menarik pelawat dan sebagainya yang akan diterangkan dalam entri yang akan datang.
SEO (Search Engine Optimization) adalah salah satu kuncinya, tetapi ianya tidaklah sepenting kualiti penulisan anda. (sebenarnya kualiti penulisan adalah lebih penting berbanding trik SEO)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri ini saya masukkan sebagai langkah pertama untuk saya bagitahu dan tunjuk ajar kepada umum bagaimana caranya untuk menjana pendapatan dari blog. Diharap saya dapat memberi tunjuk ajar yang termampu berdasarkan pengalaman saya dalam dunia blogging ini.

Juga penting untuk saya ingatkan disini, menjana pendapatan dari blogging bukanlah kerja seminggu dua, mungkin hasilnya akan datang dari beberapa bulan dan secara pelahan-lahan. Sebab itu saya juga tidak akan ajar sekaligus dalam satu entri. Biar dari beberapa entri, tetapi anda faham dengan jelas dan sepenuhnya. Saya akan ajar satu persatu berdasarkan pengalaman yang saya dapat dan lalui (buruk dan baik)

Jangan terlalu tergopoh-gapah bagi yang baru mula hendak menjana pendapatan. Fahami serba sedikit bagaimana 'perilaku' internet sebelum anda melangkah lebih jauh dengan selesa. Dan pabila sampai satu tahap anda menjana pendapatan dari blog, hanya akan ada dua benda yang penting bagi anda, berapa trafik blog anda, dan berapa duit yang anda dapat.:)
Betul ke boleh buat duit dengan blog
Jika, anda ingin terus mengikuti siri 'buat duit online' ini, anda boleh terus follow link label ini. Setiap update akan terus diletakkan label 'duit online'. Kerana saya juga akan update entri-entri lain juga. 
0 Komentar untuk "Betul ke boleh buat duit dengan blog?"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info