Jika sebelum ini Kakiping menyediakan servis percuma kepada blogger untuk ping artikel secara manual,sekarang ini nampaknya mereka telah upgrade kepada sistem autoping. Wah,lebih senang la lepas ni nak ping artikel kan. Semuanya secara automatik.
![]() |
Paparan muka hadaman laman web kakiping.com |
Seterusnya anda perlu ke laman web Kakiping dan klik pada butang PING di bahagian sebelah kanan atas pada laman web Kakiping (rujuk gambar dibawah)
Sekarang adalah proses untuk anda periksa samaada blog anda layak atau tidak untuk menggunakan sistem autoping ini. Blog-blog lucah atau seumpamanya sudah pasti tidak akan dibenarkan untuk menggunakan sistem autoping ini. Selepas itu anda masukkan url blog anda di kotak yang disediakan dan klik butang Periksa. (Rujuk gambar dibawah)
Hanya ada 1 syarat mudah untuk anda dibenar menggunakan sistem autoping blog Kakiping ini iaitu anda perlu memasang banner atau widget kongsi trafik Kakiping di dalam blog anda. Anda boleh pilih salah satu atau guna dua2 sekali.
Pada pendapat saya widget kongsi trafik lebih berbaloi untuk diletakkan di blog disebabkan dengan meletakkan widget ini,blog anda secara automatik akan tersenarai dalam widget trafik Kakiping dan artikel dari blog anda akan dipaparkan di semua blog-blog lain yang turut sama menggunakan widget kongsi trafik ini. Mesti lagi banyak dapat trafik nanti :D
Untuk dapatkan code banner dan widget kongsi trafik Kakiping anda hanya perlu ke laman web Kakiping dan klik pada "WIDGET" yang ada dalam laman web Kakiping. Contoh boleh lihat dibawah:
![]() |
banner kakiping |
![]() |
widget kongsi trafik kakiping (ada 3 pilihan reka bentuk untuk dipilih iaitu melintang,menegak dan mini. |
Selamat mencuba :)
2 Komentar untuk "Kakiping Kini Menyediakan Fungsi Autoping Untuk Blogger !!"
Dah senangkan kerja blogger.
saya dah pasang banner dan widget tapi bila saya nak semak saya punya blog layak atau tidak untuk guna Kakiping, tak boleh masuk pula padahal blog saya bukan blog lucah. Kenapa ye jadi macam tu?? Boleh tolong terangkan tak???