HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

5 Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog Anda

5 Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog Anda

Sebagai seorang blogger salah satu perkara yang anda perlu tahu untuk terus berjaya dalam dunia blogging adalah SEOUntuk itu, anda tidak perlu menjadi pakar SEO tetapi cukup sekadar anda perlu tahu untuk bagaimana untuk buat setiap post dalam blog anda diindeks enjin carian seperti google.

Ayat "kandungan adalah raja" atau dalam bahasa inggeris ianya disebut "content is king" adalah salah satu yang paling banyak disebut dalam dunia blogging di internet yang digunakan oleh ramai penulis blog, dengan idea bahawa anda harus menumpukan pada kandungan yang berkualiti, manakala yang lain tidak diambil kira secara tidak serius. Ini adalah tidak benar dan salah sama sekali. Kandungan yang berkualiti adalah penting, tetapi ia tidak seharusnya menjadi hanya satu perkara yang harus ditumpukan perhatian oleh seseorang yang bergelar blogger. Di samping menghasilkan kandungan yang berkualiti, teks anda juga perlu dioptimumkan untuk lebih mersa enjin carian.

Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog

5 Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog Anda

Sekarang, mari kita lihat apa perkara yang menjadi asas kepada mana-mana blogger perlu belajar tentang SEO dan lain-lain ilmu SEO yang mudah. Berikut adalah 5 tips mudah untuk meningkatkan SEO blog anda :

1. Menentukan kata kunci dengan betul


Apabila anda menulis sesuatu post di blog anda, adalah disyorkan untuk memilih kata kunci yang sesuai dengan teks yang anda tulis. Apa yang anda mahukan adalah kata kunci yang anda gunakan di post tersebut apabila dicari di carian engine Google, dan kemudian post anda adalah antara keputusan carian yang berada di bahagian atas untuk carian menggunakan keyword tersebut. Untuk itu, anda perlu menggunakan kata kunci ini beberapa kali dalam teks post anda itu.

Sebagai contoh di sini saya gunakan kata kunci "SEO", tetapi istilah ini agak terlalu general dan ini akan menipiskan lagi peluang untuk blog saya berada antara yang teratas di enjin carian google bagi keyword "SEO". Apa yang saya akan lakukan adalah membuat ayat pendek menggunakan kata kunci itu tadi iaitu "SEO". Dalam bahasa inggeris, ia selalu disebut sebagai long tail keyword. Jadi bagi posting ini saya gunakan kata kunci "cara mudah untuk perbaiki SEO blog".

2. Gunakan kata kunci dalam tajuk post


Sekarang saya telah tetapkan kata kunci yang saya ingin gunakan bagi posting ini, jadi saya akan gunakan keyword tersebut dalam tajuk post ini. Langkah ini adalah sangat penting, dan sudah tentu akan membantu blog anda untuk mendapat kedudukan yang lebih baik di enjin carian. Seperti yang anda lihat, apa yang saya gunakan dalam tajuk post ini adalah kata kunci "cara mudah untuk perbaiki SEO blog", bersama-sama dengan kata-kata lain untuk membentuk satu tajuk yang menarik dan dioptimumkan untuk SEO.

3. Gunakan kata kunci dalam H2 tags


Anda juga mesti menggunakan tag tajuk (h2, h3) dalam posting anda. Di sini, saya menggunakan kata kunci "cara mudah untuk perbaiki SEO blog" dalam tajuk H2. Anda harus praktikkan selalu untuk lakukan perkara seperti ini, kerana ia juga dapat menjadikan kedudukan blog anda pada kedudukan yang lebih baik dalam enjin carian seperti google. Jika anda tidak tahu atau tidak faham apakah label tajuk, saya ingin cadangkan untuk membuat kajian lanjut tentangnya. Tapi jangan risau,nanti admin akan buat artikel tips seo blogspot yang lain berkenaan label tajuk untuk anda jadikan rujukan :).

Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog

4. Gunakan kata kunci dalam teks


Jadikan penggunakan kata kunci yang anda pilih berada dalam teks post anda dengan sesuai namun tidak terlalu berlebihan. Tempat yang sesuai untuk anda gunakan kata kunci anda dalam teks post anda adalah dalam perenggan pertama teks. Tetapi berhati-hati apabila buat perkara ini kerana terdapat had maksimum dan minimum untuk lakukannya. Ketumpatan kata kunci yang baik adalah antara 1.5% hingga 4.5% bagi keputusan yang terbaik. Kurang daripada itu akan membuatkan ianya tidak mempunyai apa-apa kesan dan lebih daripada itu akan menyebabkan text dalam posting anda dianggap sebagai spam oleh enjin carian.

5. Buat posting sekurang kurangnya 300 patah perkataan atau lebih


Post yang mempunya teks dibawah 300 patah perkataan mempunyai peluang yang lebih sedikit untuk berada di antara keputusan utama dalam enjin carian. Namun,sudah tentu anda boleh gunakan beberapa kata kunci yang kurang popular untuk post yang mempunyai teks kurang daripada 300 patah perkataan, tetapi untuk kata kunci yang kompetitif  dan boleh membawa banyak trafik ke blog anda, ianya agak mustahil untuk berlaku. Jadi saya sarankan anda menulis artikel bagi post anda dengan menggunakan jumlah perkataan yang lebih dari 300 patah perkataan. Ianya bukan susah sekiranya anda faham tentang topik yang anda ingin taip dalam post anda ;)

Akhir kata.

Seperti yang anda lihat, dengan hanya beberapa teknik SEO yang mudah, anda boleh meningkatkan trafik yang datang ke blog anda dari enjin carian seperti Google dan Bing. Saya harap anda semua dapat praktikkan tutorial ini selepas ini. Selamat mencuba yea.
2 Komentar untuk "5 Cara Mudah Untuk Perbaiki SEO Blog Anda"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info