HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Enjin Carian Google Tidak Suka Blog Yang Semak

Enjin Carian Google Tidak Suka Blog Yang Semak


Tips SEO blogspot kali ini saya bercerita soal rekabentuk blog. Samada anda sedar atau tidak, enjin carian tidak berapa suka blog yang semak. Google suka blog yang penuh dengan informasi, dan suka dengan blog yang memudahkan informasi itu disalurkan kepada pengunjung.

Secara amnya, blog anda mestilah kemas penampilannya. Bila buka, pengunjung boleh baca dengan senang lenang, dan fahama jalan cerita dari atas ke bawah. Apabila pengunjung mahu mencari artikel atau post lain, ada ruangan yang menyediakan pautan berkaitan.

Pautan ini boleh terhasil samada anda membuat backlink sendiri ke entri-entri berkenaan, atau menggunakan widget tertentu. Ada banyak widget blogspot yang boleh anda gunakan untuk memudahkan kerja anda memberikan entri-entri terbaik dan bersangkutan sesama sendiri.

Saya pernah ceritakan mengenai Outbrain, Linkwithin dan beberapa lagi. Pasang sahaja di dalam blog, in Sha Allah, bukan sahaja enjin carian tiada masalah dengan teknik ini, malah pembaca blog anda juga boleh selongkar entri-entri lain yang berkaitan.

Anda juga boleh gunakan teknik autolink sebagai salah satu kaedah automatik untuk kaitkan satu-satu perkataan di dalam blog anda dengan pautan atau link entri tertentu.


Algorithma Google seperti Panda atau ada juga dikenali sebagai Page Layout Algorithm mensasarkan untuk menyahsenaraikan blog-blog dan laman web yang tidak mempunyai layout yang tersusun dan kemas, yang boleh membuatkan pengguna laman maya sukar mencari info dan maklumat yang dikehendaki.


Sebagai blogger, anda harus tahu bagaimana blog anda kelihatan di skrin komputer orang lain. Adakah saiz font anda sesuai atau tidak, saiz header anda, side sidebar anda mahupun iklan yang mungkin diletak di tepi kiri dan kanan. Apabila algorithma Google ini - Page Layout Algorithm mendapati .... setiap kali pengunjung hadir ke blog anda berdasarkan carian maya dan katakunci, dan tiba-tiba sukar nak baca entri yang berkaitan kata kunci tersebut, maka awas ... blog anda mungkin akan menerima trafik yang merundum selepas itu.


Maka, pastikan ruangan entri utama boleh dibaca dengan jelas - termasuk penggunaan warna pada blog, warna tulisan dan sebagainya. Blog anda ada menu, ada capaian dan link untuk entri2 lain yang memudahkan pengunjung. Jangan susahkan mereka yang datang ke blog anda untuk mencari info dan maklumat berkaitan - berdasarkan kata kunci carian.

Ok. Harap jelas dan selamat berblogging.


Sumber Google: Page Layout Algorithm
0 Komentar untuk "Enjin Carian Google Tidak Suka Blog Yang Semak"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info