HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog

Dari semasa ke semasa, kebanyakan blog melalui banyak perubahan, seperti ada post yang ditambah dan ada juga post yang di delete oleh pemilik blog. Dalam sesetengah keadaan, anda tidak mahu orang yang berkunjung ke blog anda untuk melihat halaman 404 iaitu halaman yang akan dipaparkan apabila post yang diklik oleh pembaca blog sudah di delete oleh pemilik blog dan ini akan menyebabkan adanya broken link dalam blog anda dan akan menjejaskan SEO blog anda. Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan membuat trafik yang datang ke blog anda melalui link yang sudah di delete pergi ke arah yang betul adalah dengan menggunakan Blogger Custom Redirects yang disediakan di dalam blog anda.

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog
Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog


Dalam tutorial blogspot kali ini, kita akan lihat bagaimana untuk menetapkan custom redirects untuk post dalam blog anda dan redirect URL lama kepada URL baru. Tapi sebelum anda redirect mana-mana URL dalam blog anda, apa kata kita tengok dulu jenis-jenis redirect yang ada. Terdapat 2 jenis redirect yang anda perlu tahu iaitu:

1. 302 redirect


302 redirect bermakna bahawa page di dalam blog anda telah berpindah buat sementara waktu. Redirect ini akan membawa pelawat blog kita ke lokasi atau halaman blog yang sesuai supaya halaman 404 atau halaman error tidak ditunjukkan kepada pelawat itu tadi. Anda boleh menggunakan 302 redirect untuk situasi seperti blog anda akan dilancarkan tidak lama lagi ataupun ketika anda ingin menutup sekejap blog anda untuk kerja-kerja ubahsuai template dan sebagainya.

2. 301 redirect


301 redirect bermaksud satu halaman dalam blog anda telah berpindah secara kekal ke lokasi halaman yang baru. Gunakan 301 redirect apabila anda ada delete atau ubah URL mana-mana post dalam blog anda. Dalam kebanyakan kes, 301 redirect ini sentiasa digalakkan untuk SEO kerana mereka akan pass link juice kepada halaman yang baru dan pelawat blog anda juga akan dapat manfaat daripada ini. Walau bagaimanapun, 301s tidak sesuai apabila anda tukar domain blogspot anda kepada custom domain seperti domain .com atau domain .my , kerana ia hanyalah redirect yang mana hanya dalam di blog yang sama, bukan kepada URL luaran blog.

Cara tetapkan custom redirects dalam blog:

Langkah #1 

Login kedalam akaun blogger anda menggunakan email dan password anda.

Langkah #2

Klik pada nama blog anda dan pilih Setting > Search preferences . Kemudian klik pada "Edit" di bahagian seperti dalam gambar dibawah 

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog















Langkah #3

Masukkan URL lama post anda iaitu halaman yang telah didelete dari blog anda di bahagian "From"
Kemudian masukkan URL baru post anda di bahagian "To". Dan juga jangan lupa untuk tick pada bahagian "Permanent". Rujuk gambar di bawah.

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog












Langkah #4

Last sekali anda klik pada "Save" yang dibawah "Permanent" dan selepas itu klik "Save changes" seperti gambar dibawah

Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog









Itu sahaja cara untuk tetapkan custom redirects dalam blog anda. Jika anda mahu tetapkan lagi custom redirects untuk halaman lain dalam blog anda,hanya klik pada butang "New redirect". Selamat mencuba tutorial blogspot untuk kali ini.
0 Komentar untuk "Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info