HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

Beralih daripada domain .blogspot.com kepada .com boleh dianggap sebagai satu penjenamaan semula kepada blog oleh blogger. Dengan adanya domain .com, terasa lebih professional dalam dunia blogging. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebelum beralih dari .blogspot.com kepada .com, anda hendaklah terlebih dahulu membeli 'nama' domain anda. Biasanya berharga dalam RM30 - RM40 untuk setahun.
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com
Anda juga boleh beli domain dari penyedia perkhidmatan yang lain, dan tutorial untuk tukar juga akan lebih kurang sama. Tetapi, untuk tutorial ini, admin akan tunjukkan bagaimana untuk tukar selepas anda membeli domain dari serverfreak. (Jika anda membeli dari penyedia yang lain pun rasanya caranya adalah lebih kurang sama je). Untuk tutorial ini, admin andaikan anda sudah mempunyai 'nama' domain yang dibeli dari serverfreak.

Tutorial untuk tukar dari .blogspot.com kepada .com adalah seperti berikut,

1. Dari dashboard > settings > basis. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

2. Masukkkan domain yang anda telah beli. Pastikan domain adalah dalam format www.(domain anda).com.
kemudian klik 'Save'
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

3. Satu notifikasi akan muncul yang mengatakan anda masalah dengan domain yang anda telah masukkan. JANGAN PANIK.. Itu adalah normal untuk kali pertama ada masukkan domain.

Apa yang penting adalah maklumat yang telah diberikan seperti dibawah yang admin bulatkan. Maklumat ini akan digunakan untuk langkah seterusnya. Pada bahagian ini, tidak perlu klik 'save' kerana memang tak dapat.

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

4. Masuk ke laman web untuk domain yang anda telah daftar. Kalau yang membeli dari serverfreak boleh login dari sini > https://secure.web-hosting.net.my/clients/clientarea.php. Bagi yang membeli dari penyedia lain boleh login mengikut penyedia perkhidmatan masing-masing.

4.1 Selepas login, pada senarai domain yang anda (pastikan domain betul jika anda beli banyak domain), klik pada 'Manage Domain"
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

5. Selepas itu klik pada 'Manage DNS'
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

6. Klik pada 'Manage CNAME Records'
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

7. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang terdapat seperti di langkah 3.
Perhatikan ada 2 maklumat yang berbeza di langkah 3.
Satu maklumat ialah www  --- ghs.google.com
dan satu lagi maklumat xxxx ---xxxxx (apa sahaja yang muncul)

7.1 Masukkan www -- apa sahaja yang muncul di baris pertama di langkah 3. Selepas itu klik 'Add Record'
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

8. Ulang langkah 6 untuk maklumat pada baris kedua dan klik 'Add Record'
Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com


9. Siap untuk proses pertukaran domain. Kemudian, anda perlu tunggu 24jam (bergantung kepada kecepatan penyedia atau server, tetapi admin letak 24jam untuk letakkan satu standard).
Yup, ada tidak perlu lakukan apa² dalam masa 24 jam. Biarkan dahulu blog anda dengan nama .blogspot.com.(semestinya anda boleh tutup pc/laptop anda :)

9.1 Selepas 24jam, ( atau keesokannya), masuk semula ke akaun blogger, dashboard > settings > basic , kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik save.

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

10. Jika, selepas anda save, paparan seperti ini muncul, maknanya, anda sudah berjaya. dan tahniah admin ucapkan.:)

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com

11. Dan ini screenshot yang admin boleh tunjukkan sebelum dan selepas. Bukankah rasa lebih profesional.:)

Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com
0 Komentar untuk "Cara Tukar Domain Daripada blogspot.com Kepada .com"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info