HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Cara untuk optimumkan gambar di blog untuk naikkan ranking blog dalam google

Cara untuk optimumkan gambar di blog untuk naikkan ranking blog dalam google

Untuk pengetahuan pembaca semua,apabila enjin carian seperti google dan bing mula untuk crawl dan index blog anda, enjin carian tersebut bukan hanya tertumpu kepada konten atau penulisan anda sahaja. Enjin carian ini juga melihat kepada struktur blog anda untuk mana - mana maklumat yang nanti akan ditawarkan kepada mereka yang menggunakan google atau bing.

Cara untuk optimumkan gambar di blog untuk naikkan ranking blog dalam google

Gambar adalah perkara terbesar yang perlu dititikberatkan dalam sebuah blog. Gambar akan meransangkan deria visual pembaca dan juga memberi hiburan kepada pembaca. Takdelah boring sangat nak baca tulisan panjang berjela :p .

Apa yang tidak disedari oleh kebanyakan penulis blog adalah gambar yang diupload kedalam blog mereka itu bukan sahaja akan terpapar di blog mereka sahaja. Enjin carian seperti google dan bing akan memastikan gambar-gambar tersebut akan dipaparkan juga di laman web mereka untuk pengguna enjin-enjin carian tersebut.

Carian gambar seperti contoh di google juga memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan trafik kepada sesebuah blog. Anda boleh memanfaatkan enjin carian gambar ini dengan memastikan gambar-gambar yang diupload dalam blog anda dioptimumkan untuk berada di page pertama carian gambar google bagi keyword tertentu.

Tips optimumkan gambar di blog #1 : Alt tag & nama fail

Apabila web crawler google mencari gambar-gambar di laman web atau blog anda,mereka sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan gambar-gambar tersebut. Ini kerana web crawler tersebut ditugaskan untuk mengumpul maklumat,bukannya untuk mentafsirkan maklumat tersebut. Jadi,penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan optimumkan gambar di blog anda dengan alt tag supaya nanti bila ada orang google sesuatu gambar,gambar yang berada di bahagian atas di enjin carian gambar di google adalah daripada blog anda.

Sebagai contoh anda upload satu gambar anjng dalam post blog anda dan anda labelkan "alt" tag gambar tersebut dengan tag "frank dog". Jadi google akan membaca gambar ini adalah gambar anjing.

Untuk guna "alt" tag ini sangat senang dan anda tak perlu usik mana-mana code blog anda. Bila anda upload gambar dalam blog post anda,klik pada gambar tersebut dan akan keluar pilihan di bawah gambar tersebut. Klik pada properties. Lihat gambar dibawah.

Tips optimumkan gambar di blog #1 : Alt tag & nama fail

Ini juga sama untuk nama fail pada blog anda. Anda perlu optimumkan gambar dan nama fail pada semua gambar di blog anda supaya maklumat ini boleh diindekskan dengan sewajarnya dan digunakan sebagai istilah carian. Tag Alt dan nama fail yang memainkan peranan penting tafsiran antara anda dan enjin carian yang boleh buat blog anda lebih tinggi ranking dalam google.

Tips optimumkan gambar di blog #2 : Tambah caption gambar

Selepas upload gambar anda, anda perlu sentiasa tambah caption untuk gambar tersebut, supaya pembaca blog anda faham apa yang mereka cari di blog anda. Ini akan berikan blog anda penampilan yang lebih profesional dan akan membantu untuk mengekalkan pembaca di blog dengan lebih lama.

Bukan semua orang yang datang ke blog anda menggunakan carian gambar google. Mungkin mereka hanya mahu memuat turun gambar di blog anda. Apa yang penting ialah mereka mendapati gambar anda yang berkait dengan apa yang mereka cari di google, dan buat keputusan untuk masuk ke blog anda untuk muat turun dan simpan gambar tersebut untuk kegunaan sendiri. 

Lagi lama pembaca berada di blog anda, lebih baik untuk blog anda kerana ia memainkan peranan dalam "bounce rate". Bounce rate adalah apabila seseorang klik pada link blog anda di enjin carian google, tapi mereka rasakan ia adalah bukan yang mereka inginkan atau cari, dan kemudian dengan segera kembali ke enjin carian. Jadi anda boleh mengurangkan bilangan perkara seperti itu berlaku dengan menyediakan caption yang menarik minat pembaca untuk berada lebih lama di blog anda dan secara lansung meningkatkan kedudukan SEO blog anda.

Tips optimumkan gambar di blog #2 : Tambah caption gambar

Tips optimumkan gambar di blog #3 : Saiz file gambar

Optimumkan gambar di blog anda supaya dapat mengekalkan saiz fail sekecil yang mungkin sambil mengekalkan kualiti gambar. Gambar-gambar yang diambil dari kamera DSLR - walaupun mereka mungkin kelihatan hebat - boleh menjadi sehingga 1.4 MB dalam saiz jika anda mengambil mereka secara terus dari kamera anda dan upload di blog anda. Ini akan menjadikan masa untuk load blog anda lebih lama dan tidak bagus untuk SEO blog anda.

Untuk menyelesaikan masalah ini anda boleh menggunakan Photoshop atau salah satu daripada servis online seperti Google Picasa untuk rescale dan mengurangkan saiz fail gambar. Salah satu servis online yang paling bagus untuk optimumkan gambar sebelum anda upload ke blog adalah Yahoo Smushit .Anda hanya perlu upload gambar yang ingin dioptimumkan di laman web tersebut dan selepas itu download file gambar yang telah dioptimumkan dengan mengecilkan saiz file gambar tanpa mengurangkan kualiti gambar tersebut.

Akhir kata, SEO adalah bukan sesuatu yang anda boleh lakukan untuk sehari. Ia peru dilakukan secara terus untuk menjadikan blog anda lebih tinggi ranking di google. Mengoptimumkan gambar adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh anda setiap hari jika anda seorang blogger
0 Komentar untuk "Cara untuk optimumkan gambar di blog untuk naikkan ranking blog dalam google"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info