HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

4 Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog

4 Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit Dengan Blog bukanlah satu topik yang asing bagi ramai orang, begitu juga dengan para blogger. Malah ramai blogger yang mampu menghasilkan pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan blogging hanya dari rumah setiap bulan!. Begitu juga dengan pelajar,ada yang pandai untuk buat duit dengan blog untuk tampung kos pembelajaran mereka di universiti atau kolej. Syabas saya ucapkan kepada mereka. Namun ada juga yang masih tertanya tanya adakah betul boleh buat duit dengan blog? Ok,kalau begitu di bawah saya akan terangkan kepada anda 4 cara mudah untuk buat duit dengan blog anda.

Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog


Bagi saya sendiri sebagai seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Malaysia ni,kos sara hidup memang tinggi. Walaupun dapat pinjaman PTPTN namun belum cukup untuk tampung kos sara diri untuk hidup berdikari di universiti di Bangi ni. Alhamdulillah,ilmu sedikit yang saya ada dalam dunia blogging saya gunakan untuk jana sedikit wang setiap bulan bagi mengurangkan beban kos sara hidup di sini.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara nak buat duit dengan blog,tapi pada edisi tips buat duit online kali ini saya akan ajarkan 4 cara paling mudah untuk buat duit dengan blog.

1. Buat blog dan jual


Mungkin cara ini adalah cara paling mudah kerana anda tidak perlu menunggu lama untuk menjana pendapatan. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya perlu siapkan sebuah blog yang lengkap kemudian terus jualkannya di forum-forum internet atau di portal website flipping seperti Flippa.com. Cuma pastikan blog yang anda siapkan itu mantap dari segi kandungan,mesra SEO dan menggunakan niche atau kategori yang disukai dan selalu dicari oleh pengguna internet melalui enjin carian seperti google. Cara paling mudah untuk buat blog adalah menggunakan blogger.com .Bagi yang tidak biasa dengar tentang blogger.com, ia adalah satu platform percuma yang disediakan oleh Google bagi mereka yang mahu membuat blog. Ia sangat senang digunakan dan yang paling penting ianya percuma.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia blogging dan mahu melangkah lebih jauh, saya sarankan anda guna platform yang lebih "advance" iaitu menggunakan Wordpress. Dengan menggunakan wordpress, anda dapat menggunakan blog anda dengan lebih berkesan berbanding menggunakan blogger. Kenapa saya cakap macam ni? Ini kerana apabila anda guna platform wordpress,anda dapat tambah pelbagai plugin yang sesuai kedalam blog anda. Ada pelbagai plugin yang boleh digunakan di platform wordpress dan yang paling penting untuk digunakan adalah plugin untuk memantapkan lagi SEO blog anda.

2. Buat blog & sediakan ruangan iklan untuk disewa


Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog
Contoh banner ruang iklan untuk disewa di blog

Cara ini memang sering digunakan oleh ramai blogger di Malaysia. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan iklankan ruang itu untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyewa ruang tersebut untuk diletakkan iklan. Bagi blog yang sudah popular dan mempunyai trafik yang masuk ke blog tinggi,ini adalah sangat mudah bagi mereka untuk menjana duit daripada blog mereka kerana selalunya pengiklan yang akan mencari mereka untuk bertanya tentang ruangan iklan. Tapi,bagi yang baru bermula untuk blogging,jangan risau kerana usaha itu tangga kejayaan. Teruskan usaha anda dan pasti anda akan berKAYA nanti..hehe

3. Buat blog & monetize


Untuk pengetahuan pembaca semua monetize merupakan teknik dimana blogger hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan mahupun luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan yang beriklan di syarikat-syarikat berkenaan. Terdapat pelbagai syarikat pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Google Adsense, Nuffnang, Innity banyak lagi.

Bagi saya sendiri,saya sudah menggunakan pelbagai syarikat pengiklanan untuk blog-blog saya. Tapi ada sesetengah daripadanya agak mengecewakan. Sekarang saya menggunakan pengiklanan Google Adsense di semua blog saya dan ianya ternyata berbaloi untuk digunakan berbanding syarikat pengiklanan yang lain. Saya sarankan kepada yang mahu buat duit dengan blog menggunakan teknik monetize ini bermula dengan Google Adsense. Namun begitu, untuk mendapat akaun beriklan di Google Adsense bukanlah mudah kerana syarat yang dikenakan oleh Google agak ketat kerana mereka ingin menjaga kualiti syarikat pengiklanan mereka. Itu akan saya terangkan dalam edisi buat duit online yang akan datang yea :)

4. Buat duit dengan menulis review

Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog
advertorial.MY

Ok,ini adalah satu perkara yang baru bagi saya. Baru-baru ini saya ada terbaca di sebuah blog lain bahawa anda akan dibayar untuk menulis review tentang perniagaan atau produk pengiklan. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu daftar di advertorial.MY. Income menerusi review ini boleh cecah RM300 - RM500 seminggu mahupun sehari jika kena teknik dan cara.

Menerusi Advertorial.MY, blogger yang mahu sediakan servis penulisan berbentuk advertorial bolehlah meletakkan blog mereka di dalam senarai blogger atau blog di website advertorial.my . Kemudian, pihak Advertorial.MY akan cuba mencari dan mendapatkan seberapa banyak pengiklan yang mahukan dapatkan pengiklanan berbentuk advertorial. Jika ada pengiklan berminat, maka pihak pengiklan akan hubungi blogger tersebut untuk dapatkan sebutharga bagi servis yang disediakan. Mudah sahaja kan. Tapi anda perlulah pastikan blog anda mantap dari segi jumlah trafik yang masuk ke blog anda setiap hari dan juga mesra SEO bagi menarik minat pengiklan untuk mengupah anda menulis review produk atau servis mereka.

BACA : Cara untuk dapatkan trafik ke blog guna KakiPing

Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut tentang cara untuk buat duit dengan blog,pastikan anda follow blog ini kerana saya akan sentiasa update blog ini berkenaan tips buat duit online, tutorial blogspot dan juga tips seo blogspot.
5 Komentar untuk "4 Cara Mudah Untuk Buat Duit Dengan Blog"

ok. gua kena banyak llagi kena belajar bab buat duit nih.

huhu bagus2..jangan lupa follow blog ni utk dpt update latest :D

wow, banyak benda saya belajar ni
saya dah dua tahun, tapi belum ada rezeki lagi
terima kasih kerana berkongsi maklumat

anyway, saya membalas kunjungan =)
Diari Seorang Mama

p/s-boleh tak remove word verification kat blog ni. susah nak tinggal komen =)

InsyaAllah nnti ada rezeki la tu,yang penting usaha ye :)
berkenaan word verification tu saya bukan xnak remove tapi takut bila remove ada orang yang datang spam komen jual produk itu la ini la,srabut plak..huhu

menarik :-), baru belajar dalam dunia blog.

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info