HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog

Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog HAIZRULAMRIE.MY .Untuk tutorial kali ni saya akan terangkan apakah itu Google Analytics dan cara untuk guna Google Analytics dalam blog anda. Google Analytics adalah satu platform yang diwujudkan bertujuan untuk membantu kita untuk mengesan bilangan pelawat baca blog kita, dari mana mereka datang dan banyak lagi.

Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog


Google Analytics adalah satu servis yang percuma daripada Google yang sangat penting kepada para blogger untuk seperti anda untuk tambahnaik lagi trafik ke blog anda.

Walaupun Google Analytics adalah salah satu daripada pelbagai servis yang ditawarkan oleh Google seperti blogger, banyak penulis blog masih tidak tahu untuk meletakkan kod tracking  Google Analytic di dalam blog mereka untuk mengesan perjalanan trafik. Untuk guna google analytics dalam blog anda adalah sangat mudah, jadi anda tidak perlu jadi seorang pakar untuk gunakannya. Ok,sekarang jom kita tengok langkah-langkah untuk untuk gunakannya.

Langkah-langkah Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog

1. Adakah anda sudah mempunyai akaun Google Analytics? Kalau dah ada bagus! Tapi jika anda belum ada lagi akaun Google Analytics, anda boleh buat akaun tersebut menggunakan akaun google anda di sini :  Daftar Google Analytics

2. Selepas anda dah ada akaun Google Analytics,buka akaun anda dan pilih Admin pada menu belah atas dalam website Google Analytics dan selepas itu pilih menu Property kemudian klik pada menu drop down dan klik Create new property.

Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog
Pilih pada menu Admin




Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog
Klik pada Create new property


















Selepas itu isi kotak kosong tentang blog anda.

Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog
Isi kotak kosong dengan detail blog anda.























3. Klik pada "Get Tracking ID" dan akan akan dapat code untuk anda letak dalam blog anda. Copy code tersebut dan simpan dalam notepad dahulu.

4. Ok langkah seterusnya adalah anda login ke akaun blogger anda.

5. Klik pada nama blog anda dan klik pada Template di bahagian tepi blog anda kemudian klik Edit HTML dan paste code yang anda dapat dalam website Google Analytics tadi sebelum/diatas code </head> . Anda boleh cari code </head> tersebut guna kekunci CTRL + F.

6. Dan itu sahaja langkah-langkah yang anda perlu buat untuk guna Google Analytics dalam blog anda dan anda akan dapat lihat statistik blog anda dalam masa 24 jam.

Apa tunggu lagi,jom cuba guna google analytics untuk lihat statistik pembaca blog anda dengan lebih lebih menyeluruh.
0 Komentar untuk "Cara Untuk Guna Google Analytics Dalam Blog"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info