HAIZRULAMRIE.MY

Daripada seorang blogger untuk semua blogger

Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog

Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog

Pada edisi kali ini saya akan kongsikan satu tutorial blogspot untuk anda mantapkan lagi blog korang nampak lebih kemas dan suka dilawati oleh pembaca.

Jika anda tidak biasa dengan Instagram, ia adalah satu rangkaian perkongsian gambar dan aplikasi Instagram boleh dimuat turun ke telefon pintar anda. Ia lebih kurang macam Facebook tapi tanpa status update,hanya gambar. Instagram telah menjadi salah satu laman web perkongsian gambar yang paling terkenal pada masa sekarang.

Dengan menambah widget Instagram pada blog anda, anda boleh berkongsi gambar-gambar yang anda upload di profil instagram anda dengan pengunjung blog anda. Aplikasi Instagram sangat mudah untuk diguna di telefon pintar anda di mana sahaja anda berada. Anda boleh snap gambar dan memuat naik gambar tersebut ke dalam profil Instagram anda.

Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara untuk tambah widget Instagram ke blog anda dengan langkah demi langkah. Reka bentuk widget Instagram ini boleh diubahsuai dari segi warna latar belakang, font, dan bagaimana widget ini akan dipaparkan di blog anda.

Langkah-langkah untuk letak widget Instagram di blog:

1- Untuk dapatkan widget Instagram ini mula-mula anda perlu pergi ke laman web http://www.intagme.com

2- Tiapkan username Instagram anda. Kemudian pilih Grid atau Slideshow
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog








3- Pilih saiz Thumbnail gambar anda (100px adalah default) dan pilih jika anda mahu border di sekeliling gambar anda atau tidak.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog






4- Untuk tukar warna latar belakang widget instagram ini,anda hanya perlu klik dalam kotak kosong macam dalam gambar dibawah dan pilih warna yang anda mahu.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog











5- Jika anda mahu tambah butang share ko social network seperti facebook,pilih Yes. Jika tidak pilih No.

6- Selepas anda berpuas hati dengan widget anda,klik Get Code dan selepas itu copy code tersebut.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog







7- Login ke akaun blogger anda dan pilih Layout dan klik "Add a gadget" di sidebar sebelah kanan blog anda.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog



















8- Akan ada popup window selepas anda klik "Add a Gadget" tadi. Cari gadget "HTML/Javascript". 
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog



















9- Paste kan code yang anda dapat di langkah ke- 6 tadi di ruang content macam dalam gambar dibawah dan selepas itu klik save.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog






















10- Klik dan alih gadget yang anda buat tadi dan letak pada kedudukan yang anda mahukan kemudian klik save arrangement.
Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog




















Dan akhirnya widget Instagram untuk blog anda sudah siap. Pergi ke blog anda untuk lihat paparan widget ini. Sekarang anda boleh kongsikan gambar-gambar yang anda upload di akaun instagram anda dengan pengunjung blog anda dan mungkin mereka yang ada akaun instagram juga akan follow anda di instagram nanti.

Itu sahaja untuk edisi tutorial blogspot kali ini. Nantikan tutorial yang lain pula yea :)
0 Komentar untuk "Cara Untuk Letak Widget Instagram di Blog"

 
Copyright © 2014 HAIZRULAMRIE.MY - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info